SUAMI IDAMAN KAMI

div>
Suami idaman kami

lautan cintanya pada Rabb Izzati

cinta teragungnya

debar rindunya hanya pada Jannatul Firdaus

tempat kembali yang sangat indah

maka kami adalah yang paling setia

mengiringi hidupnya di dunia ini

Suami idaman kami

hidupnya untuk Islam

setiap detik hidupnya hanya untuk

menegakkan daulah islamiah di bumi Allah

setiap peluh yang menitis hanya kerana

memperjuangkan kelestarian Islam agar terpelihara

maka kami adalah yang paling berbangga

menjadi srikandi kepada seorang yang bergelar mujahid

suami idaman kami

jihadnya untuk Islam

setiap darah yg mengalir

pasti kerana tekad untuk memelihara kesucian Islam

syahidnya kerana Islam

maka kami adalah yang amat beruntung

memiliki kekasih yang gagah sepertinya

suami idaman kami

wajahnya sentiasa dibasahi wudhuk yg sempurna

bibirnya sentiasa dihiasi dengan zikir padaNya

setiap tutur kata bermanfaat buat kami dan semua

maka kami adalah yang paling bahagia

dinaungi seorang yang bijak laksana

suami idaman kami

penglihatannya sentiasa dipelihara

menjauhkan kebatilan dari dirinya

hanya memandang kepada yang hak daripadanya

dia melindungi dan menyayangi

atas rasa tanggungjawab pada amanah yang dianugerahkan

dia menegur dan menasihati

dengan tulus dan ihsan

agar mendapat mardhatillah

maka kami adalah yang paling bertuah

dapat mengasihi seorang mukmin soleh sepertinya

suami idaman kami

berusaha memperelokkan diri

dengan ilmu dan pengetahuan

agar semakin pantas berbicara

agar menjadi da’i yang berhikmah

sentiasa berusaha menghiasi diri dengan untaian taqwa

qiamullail memang tradisinya

solat sunat menjadi kegemarannya

tilawah Quran ibadah kesukaannya

maka kami adalah yang paling beruntung

mendapat bahagian dalam doanya

suami idaman kami

dirimu permata gemilang

yang bakal menyerikan dan mewarnai hidup kami

kami adalah yang paling bersyukur

kerana menjadi permaisuri mahligaimu insya Allah,kami akan menjadi penyokong setiamu

dalam memperjuangkan kalimah Allah di muka bumi ini

kerana dirimu adalah

KEKASIHKU, MUJAHIDKU… ALLOHU AKBAR!!!

 

Sumber

Tinggalkan komentar